Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

April 21st, 10:28 am

Kelab Jaringan Rakyat

Pencapaian Kerajaan Madani dalam 1 tahun. ... See MoreSee Less

April 9th, 8:23 pm

Kelab Jaringan Rakyat

Kejayaan PMX dan Kerajaan Perpaduan yang di cemburui pembangkang. ... See MoreSee Less

March 15th, 10:45 am

Kelab Jaringan Rakyat

Jawapan tegas yang berikan oleh PMX dari respon terhadap soalan berkaitan isu Gaza yang dikemukakan semasa pertemuan dan sidang media di antara beliau dan Chancellor Schloz dari German.

Kita berbangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang mempunyai keupayaan yang seperti ini, malangnya PMX kita ini sering dicaci, dihina dan dibenci oleh para walaun yang buta hati.
... See MoreSee Less

March 8th, 3:51 pm

Kelab Jaringan Rakyat

𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗜𝗟𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

✍️ Ahmad Mursi

1. Selepas Sultan Selangor menegur Haji Hadi kerana murka, ahli PAS menghasut rakyat untuk mengkritik Sultan Selangor dan mewajarkan tindakan Haji Hadi.

2. Lalu dibandingkan dengan kisah silam Sultan Perak ke-30 dan Ulama yang menegur dalam insiden berbuka puasa sebelum azan Maghrib.

3. Berbeza dengan Haji Hadi, ilmuan silam tidak terlibat dalam politik pilihanraya. Mereka sebenar-benar Ulama yang fokus mencari dan mengajar ilmu. Mereka bukan Ulama Politik yang baru muncul selepas pilihanraya diperkenalkan.

4. Pemimpin PAS pula sibuk mempertahankan kepentingan parti sendiri samada betul atau salah walaupun hingga terpaksa menjenamakan rasuah sebagai sedekah. Di sinilah punca lahir Ulama Su' yang berfatwa untuk kepentingan dunia.

5. Bahkan Haji Hadi sehingga menghalalkan berbohong kononnya atas 'maslahah parti'. Dalam masa sama menempelak ahli parti lain yang dikatakan berbohong.

6. Ulama dulu tidak terdedah dengan penyakit Khawarij kerana tidak bersaing merebut kerusi parlimen hingga bersikap ghuluw serta kafir mengkafir untuk menewaskan lawan politik.

7. Ulama PAS kini terlalu boros memurtadkan dan mengkafirkan lawan politik. Termasuk tulisan terbaru Haji Hadi yang melabelkan 'kafir murtad (liberal)' ahli PAS yang dikatakan berjaya 'dikeluarkan' dari PAS.

8. Teguran Sultan Selangor pula berkait penyelewengan fakta yang jelas oleh Haji Hadi bila mengulas isu kes cabaran bidangkuasa DUN membuat undang2.

9. Haji Hadi bukan hanya mengkritik, malah menyanggah dan menghina Raja-Raja Melayu secara terbuka di MEDIA SOSIAL dan media walhal boleh sahaja disampaikan secara tertib dan mengikut saluran yang betul.

10. Maka janganlah disamakan tindakan Haji Hadi dan tindakan Ulama Silam yang dipuji kerana menegur Sultan Perak berkenaan waktu berbuka puasa. Hal itu 'Perkara Di Dalam Urusan Agama Yang Mesti Diketahui' (Al-Ma'alum Minad Din Bid Dhorurah).

Tonton Video ini: www.facebook.com/ahmursi/videos/1570213653800319/
... See MoreSee Less

March 8th, 3:50 pm

Kelab Jaringan Rakyat

... See MoreSee Less

March 5th, 1:25 am

Kelab Jaringan Rakyat

Ini cerita sebenarnya apa yang disebut sebagai pelaburan diluluskan yang terbesar dalam sejarah pada tahun 2023. YBM Tengku Zafrul. ... See MoreSee Less

February 28th, 6:32 am

Kelab Jaringan Rakyat
Image attachment

Photos from Ahmad Mursi's post ... See MoreSee Less

February 24th, 8:41 pm

Kelab Jaringan Rakyat

𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧 𝗟𝗘𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗟𝗨𝗔𝗥, 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗨𝗦

✍️ Ahmad Mursi

1. Pembangkang menuduh PMX gagal pulihkan ekonomi negara dengan hanya merujuk kepada nilai ringgit berbanding USD.

2. Jika ringgit lemah disebabkan pertumbuhan ekonomi kita jatuh, kadar pengangguran dan inflasi tinggi, kadar pelaburan rendah, bolehlah disalahkan Kerajaan Madani.

3. Tapi data ekonomi kita positif. kadar inflasi dari 4% turun ke 1.5% berbanding beberapa negara maju dan negara serantau yang masih tinggi.

4. Kadar pengangguran berjaya turun 3.3% sama seperti sebelum covid. Pelaburan diluluskan RM225billion sembilan bulan pertama 2023 tertinggi sejak 10 tahun. 89,495 rakyat dapat kerja.

5. Sektor pelancongan pulih dan dijangka 26juta pelancong akan tiba pada 2024.

6. Tidak dinafikan PMX pernah kritik kejatuhan matawang kerana kelemahan dasar kerajaan termasuk inflasi diluar kawalan, ketidakstabilan kerajaan yang menghilangkan keyakinan pelabur dll.

7. Tapi kejatuhan matawang hari ini disebabkan faktor luar negara. Prospek Ekonomi China yang jadi rakan dagang terbesar, geopolitik, Interest rate US.

8. Kadar Faedah US 5.5% beri tekanan kepada ringgit kerana OPR kita hanya 3%. Misalnya jika pelabur yang ada USD1juta, bezanya besar jika simpan USD berbanding RM.

9. Jika pembangkang mahukan kerajaan menaikkan OPR, itu bukan pilihan yang baik kerana rakyat terpaksa bayar hutang lebih, menekan syarikat kecil dan sederhana yang ada pinjaman dan melemahkan pertumbuhan ekonomi negara.

10. Bila PMX minta Gabenor BNM yang jawab perihal Ringgit, itu kerana Monetary Policy adalah autonomi BNM. Kerajaan pula jaga polisi fiskal.

11. Atas BNM lah untuk tentukan OPR atau membuat intervensi bagi menjaga nilai ringgit.

12. Matawang negara akan rosak jika diberi kepada ahli politik membuat dasar populis seperti idea Wan Fayshal semasa menjadi Timbalan Menteri untuk 'cetak wang' dan agih untuk menangi hati rakyat.

www.facebook.com/ahmursi/posts/814197757413615
... See MoreSee Less

February 20th, 8:08 am

Kelab Jaringan Rakyat

Pada 8 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan siasatan terhadap Aman Palestin tertumpu mengenai wang dibelanjakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu termasuk perbelanjaan penubuhan beberapa syarikat.

Turut disiasat mengenai pelaburan jongkong emas oleh Aman Palestin dan penerimaan wang yang didakwa sudah diagihkan kepada penerima bantuan di beberapa negara termasuk Palestin dan Syria.

Hari ini, Aman Palestine didakwa di Mahkamah Sesyen KL dan Shah Alam. Dengan 164 pertuduhan melibatkan penyelewengan lebih RM85juta.
... See MoreSee Less

February 20th, 8:08 am

Kelab Jaringan Rakyat

Berita lanjut mengenai kes pendakwaan ahli pimpinan Aman Palestin yang juga merupakan Pengarah Syarikat Samudra Champa Sdn. Bhd.
Mereka berdepan dengan 19 pertuduhan menggunakan hasil dari aktiviti haram.

Kesalahan itu dibuat bagi tujuan pembelian sebuah rumah Semi-D, kilang pejabat serta rumah kedai dua dan tiga tingkat masing-masing terletak di Kajang, Bandar Baru Bangi, Selangor; Batu Pahat, Johor; Kangar, Perlis; Ipoh, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Selain itu, mereka turut didapati menggunakan dana berkenaan bagi pembelian empat lot tanah di Hulu Selangor serta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Pendakwaan bagi kedua-dua mereka dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, sekiranya didapati bersalah.
... See MoreSee Less

February 20th, 8:08 am

Kelab Jaringan Rakyat

Samudra Champa, sebuah syarikat proksi yang dimiliki oleh 2 orang ahli tertinggi Aman Palestin yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen semalam.

Menurut kertas dakwaan, Samudra Champa Sdn Bhd membuat keuntungan besar melalui dana yang diberikan Aman Palestin.

Syarikat itu didakwa menerima RM39 juta dari Aman Palestin untuk pembelian jongkong emas untuk badan itu, namun harga mark up yang mereka perolehi adalah RM5.75 juta hasil urusniaga itu.

Ini adalah salah kerana mereka berdua merupakan ahli pemegang amanah di dalam Aman Palestin Berhad dan dalam masa yang sama mereka adalah pengarah kepada syarikat berkenaan.

Dalam kertas pertuduhan itu, kedua-duanya didakwa telah curang memperdayakan Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin Berhad untuk menyerahkan wang tunai kepada mereka melalui Samudra Champa.
... See MoreSee Less

February 20th, 8:08 am

Kelab Jaringan Rakyat

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan pentingnya semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan mendukung kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara dalam Mesyuarat MKI kali Ke-71 di Putrajaya pada Khamis. Baginda juga menekankan pentingnya sokongan rakyat Malaysia terhadap asas-asas ini.

"Di kesempatan ini, beta ingin menasihatkan umat Islam di negara ini terutama kepada para alim ulamak dan para ilmuan Islam agar sentiasa memelihara adab di dalam mencetuskan sesuatu pandangan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Kita tidak perlu berbalah secara terbuka di dalam perkara-perkara yang boleh kita selesaikan dengan cara bermesyuwarah dan secara tertutup. Kita perlu meraikan perbezaan pendapat dan menyelesaikan perbezaan pandangan tersebut secara ilmiah, berhemah serta melalui saluran yang betul," titah baginda lagi.
... See MoreSee Less

February 20th, 8:08 am

Kelab Jaringan Rakyat

Berikut merupakan senarai pembelian aset dan transaksi yang berjumlah jutaan ringgit, yang menjadi kesalahan hingga mengakibatkan pendakwaan terhadap ahli tertinggi Aman Palestin tempoh hari.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan ini bermula sejak 2018 lagi dengan purata pengeluaran sebanyak ratusan ribu setiap transaksi.

Kes ini mula mendapat perhatian orang awam apabila Aman Palestin tidak dibenarkan lagi untuk melakukan kutipan derma di Perlis pada tahun lepas. Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin terdapat hal yang tidak jelas berhubung kutipan Tabung Aman Palestin.

Beliau juga menggesa dalam hantarannya di aplikasi X agar meminta orang ramai berhati-hati dengan 'scammer' atau sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk membantu rakyat Palestin.
... See MoreSee Less

February 11th, 10:19 pm

Kelab Jaringan Rakyat
Video image

Kisah sebenar mengenai isu Nik Elin challenge undang-undang 'syariah' Kelantan.
... See MoreSee Less

Comment on Facebook

February 10th, 5:47 pm

Kelab Jaringan Rakyat

Jangan ajak org lain utk bodo bersama

PENGHAKIMAN KES NIK ELIN

Cerita ringkas dan mudah faham:

1. Kerajaan PAS Kelantan ambil 16 undang-undang sivil dan jadikan ia sebagai undang-undang syariah.

2. Nik Elin melihat tindakan PAS tu adalah salah, kerana akan wujud 2 set undang-undang untuk 1 kesalahan yang sama, apatah lagi akan menimbulkan konflik pertindihan undang-undang syariah dan sivil.

3. Nik Elin buat semakan kehakiman, apakah 16 undang-undang sivil yang dijenamakan oleh PAS tu adalah sah atau tidak?

4. Untuk pengetahuan, kesemua proses ini berlaku di zaman PAS jadi kerajaan.

5. Hari ni Mahkamah memutuskan tindakan PAS menjenamakan 16 undang-undang sivil sebagai undang-undang syariah adalah tidak sah dan terbatal.

6. Dengan kata lain, NiK Elin telah menyelamatkan enakmen syariah Kelantan daripada berlaku pertindihan dengan undang-undang sivil, sekaligus mengelakkan berlakunya komplikasi pertindihan undang-undang di masa akan datang.

7. Ini juga menunjukkan bahawa PAS buat kerja tidak smart, buat kerja bodoh walaupun sudah jadi kerajaan lebih 30+ tahun. Sepatutnya PAS lebih memahami selok-belok undang-undang bahawa setiap pertindihan undang-undang, secara automatik undang-undang negeri akan terbatal.

8. Ini juga menggambarkan bahawa Nik Elin sebenarnya yang memperkasakan undang-undang syariah, bukannya PAS yang menyusahkan undang-undang syariah dengan membuka ruang-ruang pertindihan.

Jelas PAS lebih liberal berbanding Nik Elin yang dilaporkan menjadi Ahli NGO Muafakat Nasional tajaan Annuar Musa.

Semoga bermanfaat.
... See MoreSee Less

January 22nd, 8:30 am

Kelab Jaringan Rakyat
Ingatkan PN tak setuju naikkan tarif air...

Ingatkan PN tak setuju naikkan tarif air... ... See MoreSee Less

January 13th, 10:31 am

Kelab Jaringan Rakyat

𝟭𝟭 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝗜𝗦𝗨 𝗦𝗗, 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗟𝗢𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗕𝗢𝗞 𝗔𝗧𝗔𝗣

✍️ Ahmad Mursi

𝟭. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗗.

Selepas Akta Lompat Parti (ALP) 2022, tiada lagi praktis kumpul SD individu MP untuk tukar PM. Hanya boleh dibuat secara en-bloc Parti politik.

𝟮. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗟𝗣, 𝗦𝗗 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗸𝘂

Kalau laku, apa tujuan gubal ALP dan kenapa pula PAS sokong akta itu dulu? Inilah Hipokrit. Tujuan ALP digubal supaya MP ikut keputusan parti dan individu MP tidak boleh lagi disogok. PAS kena sogok sekapal untuk Tebok Atap. Sebab itu Kerajaan jadi lebih stabil.

𝟯. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗣𝗠𝗫 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝟰𝟯(𝟰).

PMX nak letak jawatan buat apa bila dah terbukti Undi Percaya di Parlimen, PMX dapat sokongan besar lebih 2/3. Takkan semata-mata senarai SD palsu Raja Petra nak suruh PMX letak jawatan? PN-PAS dah tak waras.

𝟰. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝟱 𝗠𝗣 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗠𝗫 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗹𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. 𝗠𝗮𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁.

BERSATU masih berdegil untuk pinda perlembagaan parti dan masukkan klausa "MP yang membelakangi keputusan Parti dianggap meletakkan jawatan". Sekarang sedang memakan diri. Majoriti Parti lain sudah lakukan selepas ALP digubal termasuk PKR, UMNO, AMANAH, DAP dll.

𝟱. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗗𝘂𝗹𝘂 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗷𝗲 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗦𝗗 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗸𝗲𝘀 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗿 𝘃𝘀 𝗭𝗮𝗺𝗿𝘆 𝗞𝗮𝗱𝗶𝗿, 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗧𝗲𝗯𝗼𝗸 𝗔𝘁𝗮𝗽 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗦𝗗.

Dulu belum ada Akta Lompat Parti, keadaan dah berubah selepas 2022. Kes itu dah tak boleh jadi 'precedent'. Sebab kes Muhyiddin ini lah politik negara huru hara. Parlimen digantung, MP disogok 'Scheme of Things'. Pelabur lari.

𝟲. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗗𝘂𝗹𝘂 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝗼𝘃𝗲 𝟭𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗦𝗗 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵?

Sebab masa itu belum ada Akta Lompat Parti. Kerajaan masa itu enggan buat undi tak percaya. Kini PMX cabar pembangkang bawa usul di Parlimen jika benar ada majoriti tetapi pembangkang tak buat pun malah ponteng.

𝟳. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗻 𝟭𝟬𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗠𝗣 𝗕𝗡 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. 𝗜𝗻𝗶 𝗵𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿.

Kamu Parti Islam, tapi ajar orang lain langgar perjanjian. Itukan perangai orang Munafik? Zuraidah kalah saman dan Mahkamah perintah bayar 10juta kerana langgar perjanjian parti. PAS pun ada perjanjian ceraikan Isteri jika lompat.

𝟴. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗣𝗠 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗲𝗺𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 '𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻' 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝟰𝟯(𝟮)(𝗮) 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗸𝗶𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗗.

Betul Agong boleh ikut sangkaan (zonn) sahaja untuk nilai samada PM yang dilantik punyai majoriti tetapi PM sepatutnya 'test' majoriti itu di Parlimen melalui Undi Percaya untuk buktikan. PMX dah lakukan awal2 lagi. Muhyiddin dulu lari dan block usul itu dari dibuat. Parlimen disingkatkan dan digantung. Darurat diisytihar. Budget dilulus tanpa undi di Parlimen. Ada MP Bersatu nafi beri sokongan pada Muhyiddin. Muhyiddin sebenarnya tiada majoriti. Ismail Sabri atasi ini dengan MoU.

𝟵. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝟭𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗗 𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. 𝗗𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝗼𝗽 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗼𝗼𝗵. 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸.

Bodoh lah siapa percaya Raja Petra ni. Dia sendiri akui senarai tu sebenarnya palsu. Ada juga MP yang nafikan. Kalau betul pun, 120 tu sokongan tipis dan politik negara akan huru hara seperti zaman Muhyiddin. Fungsi parlimen cacat. MP terpaksa dirasuah dengan jawatan untuk ikat sokongan. Wujud balik Duta Khas Gaji Buta. Hanya MP gila dan pentingkan diri sendiri nak keluar dari kestabilan 2/3 majoriti dan terlibat dengan 'Scheme of Things' Tebok Atap PN-PAS.

𝟭𝟬. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗧𝗲𝗯𝗼𝗸 𝗔𝘁𝗮𝗽 𝗻𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.

Tebok Atap ni hanya nak selamatkan '2 orang tua' dan selamatkan perut dan poket MP PAS sahaja dengan pelbagai jawatan. PAS rela Sabotaj Ekonomi negara dengan krisisi baru politik walhal ekonomi sedang pulih dengan baik dibawah PMX. Pelabur mencurah-curah masuk sebab yakin politik stabil dengan Akta Lompat Parti dan 2/3 sokongan Kerajaan.

𝟭𝟭. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗣𝗠𝗫 𝗶𝗻𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗟𝗶𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝘂𝗹𝗮𝗿, 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. 𝗠𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻.

Itulah politik Khawarij. Hanya PAS sahaja Islam, dan PAS sentiasa cari dalil untuk kafirkan mukmin lain dan keluarkan penyokong parti lain dari daerah Islam. Malah berusaha untuk jatuhkan pemimpin yang sah. Sebab itu versi Tebok Atap ini versi Khawarij dan bukan versi biasa. Ada sebab kenapa Nabi SAW sebut "Khawarij anjing2 ahli Neraka" HR Ahmad - Hadith Soheh.

www.facebook.com/ahmursi/posts/787074633459261
... See MoreSee Less

January 11th, 4:16 pm

Kelab Jaringan Rakyat

Hiba.
Selamat Ulang Tahun Bapak. Allahumaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu.

Sebenarnya ketika Bapak masih ada, jarang sekali saya memberikan perhatian kepada syarahan-syarahan pendidikan Bapak kerana ketika itu saya berada di profession guaman yang ternyata bedanya bagai langit dengan bumi.

Ketiadaan Bapak adalah kehilangan " jiwa" yang memberi makna kepada maudhu' yang disyarahkan Bapak. Mujur benar Bapak banyak menulis, maka untuk mengubat rindu, maka kalimat yang Bapak tulis seakan dibaca dengan lantang sebagaimana ketika Bapak masih ada.

Bapak sangat tegas dalam soal Pendidikan. Maka dalam setiap acara konvokesyen Kolej Dar Al Hikmah, ucapan Bapak paling dinantikan khususnya membicarakan isu pendidikan dan mengupas konsep-konsep pendidikan yang lunak mengangkat sisi insani.

Pastinya syarahan dan tafsir maudhui yang paling terkesan adalah Pendidikan Al Hikmah yang diungkapkan secara langsung dari Surah Al Luqman yang menegaskan kepentingan Pendidikan Karakter.

Terima kasih Bapak di atas khidmat kebaktian membina jiwa pendidik, membugar makna Pendidikan Karakter, menginspirasikan kami dengan pidato yang tajam tetapi masih mesra berkecindan. Betapa Bapak mengasuh fikrah kami agar segera menangkap maksud zaman dan betapa rangkaian penguasaan fiqh yang membawa Malaysia harus kuat menjadi negara yang terasnya adalah kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.

Rindu😭

Kredit|fadhlina Sidek
... See MoreSee Less

January 8th, 11:56 am

Kelab Jaringan Rakyat
𝗦𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭-𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗣𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔?

✍️  Ahmad Mursi

1. Ulama diangkat kerana tahap ilmu yang sangat tinggi bukan sebab popular.

2. Mengajar fardhu ain (tak dinafi penting dan besar sumbangannya) atau motivasi agama dan punyai pengikut dan pendengar ramai belum boleh jadi ulama ikut standard sebenar tradisi keilmuan Islam.

3. Yang lebih bahaya, kini trend Ustaz Selebriti makin meluas. Penceramah yang pandai buat lawak dan tarik perhatian atau mampu kutip banyak derma cepat diangkat sebagai Ulama.

4. Orang awam atau netizen yang punyai tahap ilmu yang cetek atau pentaksub parti politik bukan pihak yang layak untuk endorse seseorang sebagai Ulama.

5. Pengiktirafan tu diberi oleh Ulama dan sarjana lain yang pakar dalam bidang dan diiktiraf sumbangan keilmuan bukan kerana popular sebab selebriti atau ahli politik.

6. Sebahagian ilmuan buat kajian dan menulis tesis dan karya2 penting dan dicabar tulisan dan kajian mereka oleh pakar2 lain tapi mereka tidak pula gelojoh memakai status Ulama.

7. Punca lambakan Ulama jadian hari ini kerana PAS jadikannya alat untuk menarik sokongan orang awam yang beragama maka ditubuh Dewan Ulama dan dikumpul individu yang tidak ulama untuk dijenamakan sebagai Ulama.

8. Mereka hebat dan gelojoh bila petik nas untuk serang lawan politik, tapi bila diteliti hasil tulisan atau perbahasan mengikut disiplin ilmu, kualitinya sangat teruk dan bias.

9. Bacalah tulisan Tuan Guru MP Jasin kamu akan geleng kepala. Tapi itulah Naib Ketua Dewan Ulama PAS. Ketuanya? Apa karya yang dibuat?

10. Tidak layak dianggap karya  Ulama walaupun dibaca oleh graduan universiti biasa bidang agama yang biasa teliti tesis dan karya2 besar Ulama sebenar seluruh dunia malah ada yang berumur ratusan tahun.

11. Kalau ada pun buku ditulis oleh Ulama PAS, tidaklah jadi rujukan penting para sarjana. Hanya sekadar bacaan umum orang awam atau pengikut parti yang taksub.

12. Ulama sebenar, karya mereka dirujuk, dicabar, dibahas, dikembangkang oleh Ulama lain dan bertahan ratusan tahun. Itulah Ulama sebenar pewaris Nabi.

https://www.facebook.com/ahmursi/posts/784680263698698

𝗦𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭-𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗣𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔?

✍️ Ahmad Mursi

1. Ulama diangkat kerana tahap ilmu yang sangat tinggi bukan sebab popular.

2. Mengajar fardhu ain (tak dinafi penting dan besar sumbangannya) atau motivasi agama dan punyai pengikut dan pendengar ramai belum boleh jadi ulama ikut standard sebenar tradisi keilmuan Islam.

3. Yang lebih bahaya, kini trend Ustaz Selebriti makin meluas. Penceramah yang pandai buat lawak dan tarik perhatian atau mampu kutip banyak derma cepat diangkat sebagai Ulama.

4. Orang awam atau netizen yang punyai tahap ilmu yang cetek atau pentaksub parti politik bukan pihak yang layak untuk endorse seseorang sebagai Ulama.

5. Pengiktirafan tu diberi oleh Ulama dan sarjana lain yang pakar dalam bidang dan diiktiraf sumbangan keilmuan bukan kerana popular sebab selebriti atau ahli politik.

6. Sebahagian ilmuan buat kajian dan menulis tesis dan karya2 penting dan dicabar tulisan dan kajian mereka oleh pakar2 lain tapi mereka tidak pula gelojoh memakai status Ulama.

7. Punca lambakan 'Ulama jadian' hari ini kerana PAS jadikannya alat untuk menarik sokongan orang awam yang beragama maka ditubuh Dewan Ulama dan dikumpul individu yang tidak ulama untuk dijenamakan sebagai Ulama.

8. Mereka hebat dan gelojoh bila petik nas untuk serang lawan politik, tapi bila diteliti hasil tulisan atau perbahasan mengikut disiplin ilmu, kualitinya sangat teruk dan bias.

9. Bacalah tulisan 'Tuan Guru' MP Jasin kamu akan geleng kepala. Tapi itulah Naib Ketua Dewan Ulama PAS. Ketuanya? Apa karya yang dibuat?

10. Tidak layak dianggap karya Ulama walaupun dibaca oleh graduan universiti biasa bidang agama yang biasa teliti tesis dan karya2 besar Ulama sebenar seluruh dunia malah ada yang berumur ratusan tahun.

11. Kalau ada pun buku ditulis oleh 'Ulama PAS', tidaklah jadi rujukan penting para sarjana. Hanya sekadar bacaan umum orang awam atau pengikut parti yang taksub.

12. Ulama sebenar, karya mereka dirujuk, dicabar, dibahas, dikembangkang oleh Ulama lain dan bertahan ratusan tahun. Itulah Ulama sebenar pewaris Nabi.

www.facebook.com/ahmursi/posts/784680263698698
... See MoreSee Less

January 5th, 7:11 pm

Kelab Jaringan Rakyat

𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗜𝗣𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣

✍️ Ahmad Mursi

1. Hj Hadi dalam artikel "PAS dan DAP Berkawan & Berlawan" 18 Dis 2023 senaraikan beberapa alasan PAS memusuhi DAP.

2. Alasan pertama diberi kerana 'DAP secara terbuka menentang PAS dalam pelaksanaan syariat Islam di Kelantan dan Terengganu'.

3. Ini cara Haji Hadi jadikan perseteruan politik satu 'doktrin agama dan akidah' melawan semua musuh politiknya sejak 80an.

4. Faktanya: Tun M ialah PM yang ugut untuk daruratkan Kelantan melalui Mageran jika PAS terus laksanakan Hudud. Sejak itu PAS tidak berani laksanakan.

5. Kini PAS melantik Tun M yang dulu menentang 'syariah' jadi penasihat di 4 negeri PAS.

6. GERAKAN pula bawa Kes Hudud ke Mahkamah Persekutuan pada Mei 2015 untuk cabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

7. Tapi PAS kini berkawan dengan GERAKAN yang juga meletakan 'negara sekular' sebagai matlamat partinya.

8. DAP tidak bersetuju atas alasan konflik Perlembagaan atau Ultra Virus.

9. Ironinya, PAS tidak laksana hudud semasa jadi Kerajaan Tebok Atap walhal tanpa halangan DAP. Nyata sekali alasan itu dibuat-buat dan PAS tidak ikhlas.

10. Tulisan Hj Hadi tumpu 'kaum yang mendokong DAP' tapi tidak pula 'kaum yang mendokong GERAKAN dan MCA'.

11. Perbalahan PAS dan DAP hanyalah strategi politik tapi PAS berusaha bina naratif 'ini perseteruan agama dan kaum'. Begitulah jahatnya salahguna agama oleh PAS.

12. Ada benar kata2: rakyat sebenarnya bersatu antara kaum dan agama di banyak negara, tapi ahli politik lah sebenarnya pemecahbelah demi merebut kuasa.

www.facebook.com/ahmursi/posts/783461330487258
... See MoreSee Less

January 1st, 1:22 am

Kelab Jaringan Rakyat
Video image

Penjelasan YAB DS Anwar Ibrahim berkenaan dengan isu berkaitan ucapan beliau berkenaan peristiwa Ashabul Kahfi di JPM.

... See MoreSee Less

Comment on Facebook

December 28th, 11:52 pm

Kelab Jaringan Rakyat
𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗨𝗙𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗦𝗛𝗔𝗕𝗨𝗟 𝗞𝗔𝗛𝗙𝗜

✍️  Ahmad Mursi

1. Tuan Guru MP Jasin, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) telah mengulas isu ini dan menuduh PMX sengaja buat silap.

2. PMX sebut, Ashabul Kahfi berlaku di zaman Kristian atau Nasrani.

3. DUPP yang ulas isu ini, tujuannya untuk jatuhkan hukum kepada PMX, bukannya menjelaskan kebenarannya dari sudut akademik.

4. Ramai asatizah yang tidak terlibat dengan PAS telah jelaskan bahawa isu ini khilaf dikalangan Ulama Besar.

5. DUPP terus menuduh, sebahagian pemimpin negara anuti Liberalisme Agama dan Pluralisme dan didakwa SESAT dan KUFUR.

6. Begitulah mudahnya takfiri dibuat oleh Dewan Ulama PAS terhadap lawan politik.

7. Ini cara halus mengkafirkan pemimpin negara yang tidak bersama PAS.

8. PAS anggap tafsiran agamanya sahaja yang betul bahkan sehingga mengheret isu khilaf menjadi isu Akidah.

9. Inilah contoh bagaimana fahaman Politik Khawarij PAS diperkukuh oleh doktrin yang ditanam oleh Dewan Ulama PAS.

10. Mengkafirkan mukmin lain dalam hal yang tak sepatutnya adalah ciri2 penting Khawarij.

https://www.facebook.com/ahmursi/posts/778531667646891

𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗨𝗙𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗦𝗛𝗔𝗕𝗨𝗟 𝗞𝗔𝗛𝗙𝗜

✍️ Ahmad Mursi

1. 'Tuan Guru' MP Jasin, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) telah mengulas isu ini dan menuduh PMX sengaja buat silap.

2. PMX sebut, Ashabul Kahfi berlaku di zaman Kristian atau Nasrani.

3. DUPP yang ulas isu ini, tujuannya untuk jatuhkan hukum kepada PMX, bukannya menjelaskan kebenarannya dari sudut akademik.

4. Ramai asatizah yang tidak terlibat dengan PAS telah jelaskan bahawa isu ini khilaf dikalangan Ulama Besar.

5. DUPP terus menuduh, 'sebahagian' pemimpin negara anuti Liberalisme Agama dan Pluralisme dan didakwa SESAT dan KUFUR.

6. Begitulah mudahnya takfiri dibuat oleh Dewan Ulama PAS terhadap lawan politik.

7. Ini cara halus mengkafirkan pemimpin negara yang tidak bersama PAS.

8. PAS anggap tafsiran agamanya sahaja yang betul bahkan sehingga mengheret isu khilaf menjadi isu Akidah.

9. Inilah contoh bagaimana fahaman Politik Khawarij PAS diperkukuh oleh doktrin yang ditanam oleh Dewan Ulama PAS.

10. Mengkafirkan mukmin lain dalam hal yang tak sepatutnya adalah ciri2 penting Khawarij.

www.facebook.com/ahmursi/posts/778531667646891
... See MoreSee Less

December 27th, 2:10 pm

Kelab Jaringan Rakyat
𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗨𝗙𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗦𝗛𝗔𝗕𝗨𝗟 𝗞𝗔𝗛𝗙𝗜

✍️  Ahmad Mursi

1. Tuan Guru MP Jasin, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) telah mengulas isu ini dan menuduh PMX sengaja buat silap.

2. PMX sebut, Ashabul Kahfi berlaku di zaman Kristian atau Nasrani.

3. DUPP yang ulas isu ini, tujuannya untuk jatuhkan hukum kepada PMX, bukannya menjelaskan kebenarannya dari sudut akademik.

4. Ramai asatizah yang tidak terlibat dengan PAS telah jelaskan bahawa isu ini khilaf dikalangan Ulama Besar.

5. DUPP terus menuduh, sebahagian pemimpin negara anuti Liberalisme Agama dan Pluralisme dan didakwa SESAT dan KUFUR.

6. Begitulah mudahnya takfiri dibuat oleh Dewan Ulama PAS terhadap lawan politik.

7. Ini cara halus mengkafirkan pemimpin negara yang tidak bersama PAS.

8. PAS anggap tafsiran agamanya sahaja yang betul bahkan sehingga mengheret isu khilaf menjadi isu Akidah.

9. Inilah contoh bagaimana fahaman Politik Khawarij PAS diperkukuh oleh doktrin yang ditanam oleh Dewan Ulama PAS.

10. Mengkafirkan mukmin lain dalam hal yang tak sepatutnya adalah ciri2 penting Khawarij.

https://www.facebook.com/ahmursi/posts/pfbid02oRrRPVF5VR2U26VJnae13LZNPp8wVEPb1dKygEgkpc8RScaxUasiVmFymAG5HgZjl

𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗨𝗙𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗦𝗛𝗔𝗕𝗨𝗟 𝗞𝗔𝗛𝗙𝗜

✍️ Ahmad Mursi

1. 'Tuan Guru' MP Jasin, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) telah mengulas isu ini dan menuduh PMX sengaja buat silap.

2. PMX sebut, Ashabul Kahfi berlaku di zaman Kristian atau Nasrani.

3. DUPP yang ulas isu ini, tujuannya untuk jatuhkan hukum kepada PMX, bukannya menjelaskan kebenarannya dari sudut akademik.

4. Ramai asatizah yang tidak terlibat dengan PAS telah jelaskan bahawa isu ini khilaf dikalangan Ulama Besar.

5. DUPP terus menuduh, 'sebahagian' pemimpin negara anuti Liberalisme Agama dan Pluralisme dan didakwa SESAT dan KUFUR.

6. Begitulah mudahnya takfiri dibuat oleh Dewan Ulama PAS terhadap lawan politik.

7. Ini cara halus mengkafirkan pemimpin negara yang tidak bersama PAS.

8. PAS anggap tafsiran agamanya sahaja yang betul bahkan sehingga mengheret isu khilaf menjadi isu Akidah.

9. Inilah contoh bagaimana fahaman Politik Khawarij PAS diperkukuh oleh doktrin yang ditanam oleh Dewan Ulama PAS.

10. Mengkafirkan mukmin lain dalam hal yang tak sepatutnya adalah ciri2 penting Khawarij.

www.facebook.com/ahmursi/posts/pfbid02oRrRPVF5VR2U26VJnae13LZNPp8wVEPb1dKygEgkpc8RScaxUasiVmFymAG...
... See MoreSee Less

December 26th, 12:46 pm

Kelab Jaringan Rakyat
Posting Raja Petra Kamarudin (RPK) kutuk ulama seperti gambar di bawah.

Ex Mufti WP, Dr Dzul ni dikira Ulama juga oleh orang-orang PAS, tapi orang PAS hari ini sanjung RPK, walhal RPK ni duk hina ulama.

Posting Raja Petra Kamarudin (RPK) kutuk ulama seperti gambar di bawah.

Ex Mufti WP, Dr Dzul ni dikira Ulama juga oleh orang-orang PAS, tapi orang PAS hari ini sanjung RPK, walhal RPK ni duk hina ulama.
... See MoreSee Less

December 25th, 6:24 pm

Kelab Jaringan Rakyat

LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99

LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99

Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara. Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan, yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit. Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan.

Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.

Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak 52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim. Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau.

Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta.

Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta.

Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu.

Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit.

Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman. Adalah difahamkan 400 juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut.

Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti.

Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu.

Pertanyaan dan teguran tentang masalah tersebut semasa saya berada dalam Parti dan Kerajaaan, telah menimbulkan kemarahan Perdana Menteri dan ketakutan dikalangan kuncu-kuncunya teutama Tun Daim. Hanya orang-orang rasuah, punyai kepentingan bersama yang akan terus melindungi perlakuan rasuah berjumlah berbillion ringgit. Dari maklumat yang diberikan ini sahaja terbukti rasuah berbillion ringgit dan pecah amanah jenayah.

Saya juga sedar tanggungjawab besar Polis dan BPR untuk menyiasat dan bertindak. Rasuah telah menjadi barah dan berpunca di kepala dan merebak ke bawah.Ia memerlukan ketegasan dan keberanian untuk bertindak sebelum negara dimusnahkan oleh mereka.

Disertakan bersama ini Eksibit A (surat Tan Sri Halim Saad); Eksibit B (surat Tan Sri Tajuddin Ramli); Eksibit C (surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah).

Anwar Ibrahim

12.28 t/hari (30 Julai 1999)
... See MoreSee Less

December 22nd, 10:47 pm

Kelab Jaringan Rakyat
Video image

Jawapan PMX isu tuduhan rasuah kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin dan isu ucapan beliau di Jabatan Perdana Menteri mengenai Ashabul Kahfi.

... See MoreSee Less

Comment on Facebook

December 22nd, 1:37 am

Kelab Jaringan Rakyat
Video image

Are the boycotts against Israel making an impact? | The Stream ... See MoreSee Less

Comment on Facebook

December 17th, 5:42 pm

Kelab Jaringan Rakyat

PRU16 PAS/PN DIJANGKA KEHILANGAN 37 KERUSI PARLIMEN DI SEMENANJUNG

Saya telah dihubungi kawan baik kini bertugas sebagai seorang pensyarah kanan di salah sebuah universiti di utara semenanjung.

Pensyarah berkenaan seorang Prof Dr X kawan semasa muda-muda dulu dalam 80an semasa kami mengaji di universiti dulu. Beliau pun akan pencen dalam masa terdekat.

Prof Dr x memberitahu saya agak panjang lebar tentang politik semasa termasuk pandangan beliau berkenaan kabinet PMX.

Katanya dalam PRU16
jika kerjasama antara PH/BN, Insya Allah pas/pn akan
kehilangan sebanyak 37 kerusi parlimen iaitu:-

1. Padang Besar
2. Kangar
3. Kubang Pasu
4. Alor Star
5. Merbok
6. Sungai Patani
7. Kulim Bandar Baru
8. Kepala Batas
9. Tasek Gelugur
10.Permatang Pauh
11.Gerik
12.Parit Buntar
13.Bukit Gantang
14.Padang Rengas
15.Kuala Kangsar
16.Parit
17.Pasir Salak
18.Lumut
19.Jerantut
20.Indera Mahkota
21.Kuantan
22.Maran
23.Kuala Krau
24.Temerloh
25.Rompin
26.Sabak Bernam
27.Sungai Besar
28.Hulu Selangor
29.Tanjung Karang
30.Kapar
31.Kuala Langat
32.Masjid Tanah
33. Batu Tangga
34.Jasin
35.Pagoh
36.Muar
37.Mersing.

Menurut Prof Dr x iaitu kemenangan pas/pn sebanyak 74 kerusi disebabkan faktor-faktor
berikut:

1. Islam terancam dibawah PH

2. Dap akan menguasai PH dan Anwar boneka Dap

3. Anwar benarkan LGBT

4. Kristian akan berkembang pesat dibawah PH

5. Pemimpin UMNO kluster mahkamah dan Ds Zahid Hamidi didakwa rasuah

6. Murid sekolah tidak dibenarkan pakai tudung

7. Azan tidak dibenarkan

8. Dap akan dilantik TPM

9. Rakyat China akan diberi warganegara

10.Pilihanraya Kerajaan Tempatan akan diadakan atas desakan DAP

11.Penambahan kawasan parlimen di kawasan cina dan campuran akan diadakan apabila cukup tempohnya

12.Dap akan menjadi MB di Perak jika PH memerintah

13.Anwar pro barat dan pro yahudi

14.Anwar memperjuangkan islam liberal

15.Anwar akui anak melayu/anak cina/anak india/anak iban dan anak kedazan semuanya anak Anwar sama taraf

Peranan TITOK kelolaan pas/pn telah berjaya menarik sokongan pengundi-pengundi muda. Manakala
ustaz-ustaz tersohor khususnya di pantai timur turut berkempen dalam kuliah supaya mengundi parti islam. Masjid/surau juga telah digunakan sebagai tempat kuliah/khutbah dimana ustaz-ustaz pro pas telah berkempen supaya pilihlah parti memperjuangkan islam dan sokonglah ulama

Walau bagaimanapun nasib baik pihak Jabatan Agama Negeri telah bertindak dan memantau ustaz-ustaz politik tidak dibenarkan memberi kuliah/membaca khutbah berkempen untuk parti-parti tertentu melainkan mereka yang mempunyai tauliah sahaja.

Seterusnya Prof Dr x mencadangkan supaya pentadbiran kerajaan perpaduan dikekalkan sehingga beberapa penggal. Oleh itu BN/PH perlu diperkasakan dan
cadangan Prof Dr x di semenanjung antaranya:-

i) Mana-mana kerusi yang dimenangi oleh PH/BN dalam pru15 dikekalkan bertanding dalam pru16 kepada mana-mana parti penyandang

ii) Kerusi PH/BN yang tewas kepada pas/pn hendaklah diagih lebih awal dimana jika BN atau PH yang mendapat undi lebih banyak dalam pru15 hendaklah diberi peluang bertanding melawan pas/pn

iii) Sekiranya BN atau PH mempunyai calon "winnable candidate" di kawasan tersebut hendaklah diberi kepada calon berkenaan walaupun BN/PH memperolehi undi kurang di parlimen tersebut

iv) Pertukaran kawasan parlimen boleh dipersetujui bersama atas semangat "win-win situation" asal jangan tamak kerusi

v) Sekretariat kerajaan perpaduan di peringkat pusat mesti digerakkan lebih awal dengan melibat sekretariat BN/PH di peringkat negeri

vi) Agihan kerusi DUN/parlimen di Kelantan/Terengganu/Kedah/Perlis hendaklah dibuat lebih awal. Janganlah BN mahupun PH diberi DUN/Parlimen yang dianggap hitam kepada komponen kerajaan perpaduan. Ingatlah jangan tamak dan haloba dalam agihan DUN/Parlimen

vii) Jentera BN/PH mesti digerakkan secara bersepadu. Jangan peteh/cah kenting dan mengkhianati calon-calon komponen perpaduan kerana akan merugikan semua
pihak yang untungnya pas/pn

viii) Pastikan kakitangan kerajaan pelbagai peringkat yang condong atau pro pas/pn mesti dipantau jika perlu
bertindak segera sama ada diberi amaran atau ditukar ke tempat lain

Berdasarkan tinjauan dan analisa prof Dr x beliau memberitahu saya bahawa pru16 Kelantan dan Terengganu Pas/pn masih kekal memerintah.

Sungguhpun begitu jika dalam tempoh 4 tahun kerajaan perpaduan dapat menarik sokongan rakyat khususnya di Terengganu/Kelantan tidak mustahil akan berlaku perubahan janji rakyat perlu diberi layan yang adil tanpa memilih fahaman politik.

Sekian terima kasih.
OLEH: AWI
... See MoreSee Less

December 14th, 7:43 am

Kelab Jaringan Rakyat

Pesanan yang sangat menyentuh hati dari Gaza. ... See MoreSee Less

December 9th, 11:19 am

Kelab Jaringan Rakyat

facebook.com/story.php?story_fbid=871662177747624&id=100047115502218&mibextid=Nif5oz ... See MoreSee Less

November 27th, 9:06 pm

Kelab Jaringan Rakyat
𝟭𝟬 𝗖𝗜𝗥𝗜-𝗖𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 

✍️ Ahmad Mursi

1. Puak yang berpolitik guna nama dan slogan Islam.

2. Pemimpin dan Pengikut dijangkiti penyakit maki-hamun, melaknat, cerca.

3. Anggap mereka sahaja pejuang Islam dan mewakili Islam.

4. Anggap lawan mereka musuh Islam.

5. Suka panggil lawan mereka Kafir, murtad, munafiq, musuh Islam, anti-Islam.

6. Penyakit Khawarij tidak berlaku kepada Komunis, Atheist, bukan Islam dll. 

7. Hanya menjangkiti Puak Islam yang kuat ibadah tapi Ghuluw (Melampau) dan Takfiri (Kapir Mengkapir).

8. Mereka hebat baca Al-Quran dan anggap Al-Quran sentiasa sebelahi mereka (tunggang) tapi buat tindakan yang Al-Quran laknat.

9. Solat dan Puasa mereka luar biasa. Hingga selalu tayang kepada umum dalam masa sama perlekeh ibadah orang lain.

10. Tafsiran nas agama terlalu cetek dan memaksa orang lain untuk punyai kepercayaan seperti tafsiran mereka.

𝟭𝟬 𝗖𝗜𝗥𝗜-𝗖𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡

✍️ Ahmad Mursi

1. Puak yang berpolitik guna nama dan slogan Islam.

2. Pemimpin dan Pengikut dijangkiti penyakit maki-hamun, melaknat, cerca.

3. Anggap mereka sahaja pejuang Islam dan mewakili Islam.

4. Anggap lawan mereka 'musuh Islam'.

5. Suka panggil lawan mereka Kafir, murtad, munafiq, musuh Islam, anti-Islam.

6. Penyakit Khawarij tidak berlaku kepada Komunis, Atheist, bukan Islam dll.

7. Hanya menjangkiti 'Puak Islam' yang kuat ibadah tapi Ghuluw (Melampau) dan Takfiri (Kapir Mengkapir).

8. Mereka hebat baca Al-Quran dan anggap Al-Quran sentiasa sebelahi mereka (tunggang) tapi buat tindakan yang Al-Quran laknat.

9. Solat dan Puasa mereka luar biasa. Hingga selalu tayang kepada umum dalam masa sama perlekeh ibadah orang lain.

10. Tafsiran nas agama terlalu cetek dan memaksa orang lain untuk punyai kepercayaan seperti tafsiran mereka.
... See MoreSee Less

November 25th, 8:33 pm

Kelab Jaringan Rakyat

𝟭𝟭 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 '𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛'

✍️ Ahmad Mursi

𝟭. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺.

Kesalahan2 itu ada dalam Undang2 Sivil dan bertindih. Sebahagiannya hukuman jauh lebih berat berganda-ganda. Tapi Undang2 khas berkait orang Islam seperti Minum Arak dalam Undang2 Syariah masih berjalan.

𝟮. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵.

Kes ini bukan cabar Mahkamah Syariah tapi cabar Bidangkuasa DUN buat undang2 lebihi kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan senarai Negeri.

𝟯. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿.

Kewujudan Mahkamah Syariah dijamin oleh Perlembagaan bahkan tidak boleh diganggu Mahkamah Sivil ikut artikel 121(1A) Perlembagaan.

𝟰. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝟮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵.

Kes Iki Putra dan Nik Elin dicabar waktu PN-PAS berkuasa 33bulan.

𝟱. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝗶𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶. 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗝𝗶𝗵𝗮𝗱 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻.

Enekmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1 (EKJSK1) ni TAKZIR bukannya Hudud dan Qisas (EKJSK2) yang nasnya Qat'iey. Hukuman Takzir ditentukan oleh pemerintah mengikut maslahah tidak seperti Hudud dan Qisas. Bahkan 20 kesalahan itu juga dikira jenayah dibawah undang2 Sivil.

𝟲. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗶𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝟮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶.

Kuasa Negeri kekal sebagaimana biasa. Malah selepas kes ini, kerajaan melalui Jawatankuasa yang dah dibentuk oleh PMX akan syorkan penambahbaikan pada Perlembagaan dan Undang2. Proses ini dah pernah dibuat termasuk dulu pindaan 121(1A) juga atas usaha PMX.

𝟳. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮.

JK yang dibentuk perlu perkenaan Majlis Raja2 yang baru bersidang Oktober 2023. Kes ini berlaku zaman PN-PAS (Iki Putra 2021) tapi PAS tak buat Jawatankuasa pun.

𝟴. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗳𝗮𝗶𝗹 𝗽𝗲𝘁𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿. 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮. 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗔𝗦 '𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝘂' 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗜𝗸𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟭.

Padahal, Kes ini dah mula lama. 25/05/22 - Nik Elin failkan notis usul. 30/09/22 - Mahkamah Persekutuan benarkan. 13/10/22 - Nik Elin failkan Petisyen. Kes Iki Putra 2021 berlaku lebih awal masa Takiyuddin Menteri Undang2 tapi tiada tindakan juga. Kenapa kes penting begitu dibiarkan?

𝟵. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻.

Dulu PAS pun tak bertindak halang Iki Putra dan halang Nik Elin sebab kerajaan tak boleh campurtangan hal Mahkamah doktrin Pengasingan Kuasa. Tapi kerajaan Madani melalui MAIWP terlibat sebagai Amicus Curiae turut berhujah membantu Mahkamah.

𝟭𝟬. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗣𝗔𝗦 𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗴𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵.

Masa Undang2 Syariah dan Mahkamah Syariah dibangunkan, PAS masih anggap 'Perlembagaan Penjajah, dan Peraturan Jahilliyyah dan Kafir'. Tapi PMX dah terlibat jauh lebih awal bantu perkasa Mahkamah Syariah sejak 1988 pinda 121(1A) Perlembagaan.

𝟭𝟭. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀.

Satu kesalahan yang sama oleh orang Islam, dua hukuman berlainan. Satu ringan (Syariah) dan satu berat (Sivil). Non Muslim hanya dihukum di Mahkamah Sivil dengan hukuman lebih berat. Sebab itu proses harmonikan Syariah dan Sivil perlu dibuat berterusan untuk penambahbaikan dan capai keadilan.

www.facebook.com/ahmursi/posts/757956326371092
... See MoreSee Less

November 24th, 9:54 am

Kelab Jaringan Rakyat

𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 '𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛'

✍️ Ahmad Mursi

1. Kata Nik Amar dan Idris Ahmad dilapor Harakahdaily 'Syariah dicabar kerana orang Islam hilang kuasa politik'. Nampak tak game plan Pas?

2. Walhal kes kes Iki Putra (2021) dan Nik Elin (2022) dicabar SEMASA mereka berkuasa. Idris Ahmad Menteri Agama. Bukan zaman Madani.

3. Begitulah mudahnya Ulama' PAS menipu pengikutnya. Ulama jenis apa yang menipu? Sila jawab.

4. Akta, Enekmen Syariah dan sistem Mahkamah Syariah banyak negeri di Malaysia dibangunkan BUKAN oleh PAS.

5. Ada la beberapa negeri yang ada sentuhan PAS, tapi jauh lebih banyak dibangunkan oleh parti lain khasnya BN yang lama jadi Kerajaan

6. Hanya akhir2 ini PAS mula merasa jadi kerajaan selain Kelantan. Maka tidak adil jika tiba-tiba tuduh parti lain yang membina sistem mahkamah dan Undang2 Syariah nak merungkainya.

7. Dulu PAS hanya pandai retorik dan kapir mengkapir sebab rasakan apa yang dibangunkan parti lain tidak ikut hukum Islam sebenar seperti tafsiran Hj Hadi.

8. Bahkan Amanat Hj Hadi dulu dakwa 'Perlembagaan Penjajah, peraturan kafir dan jahilliyyah'.

9. Dengan doktrin itu, mana mungkin Hj Hadi dan PAS terlibat aktif bangunkan Undang2 dan Mahkamah Syariah?

10. Kebanyakkan dibangunkan waktu PAS masih lemah. Jadi salah dakwaan 'bila PAS tidak jadi kerajaan maka undang2 Syariah tercabar'.

11. PH sendiri walaupun hanya 22 bulan berkuasa, ada 5 atau 6 penambahbaikan Mahkamah Syariah dibuat.

12. Tapi PAS bila berkuasa secara Tebok Atap, Hudud dan RUU355 pun tak dibuat, malah Enekmen jenayah Syariah dicabar SEWAKTU mereka berkuasa.

www.facebook.com/ahmursi/posts/755501976616527
... See MoreSee Less

November 24th, 9:53 am

Kelab Jaringan Rakyat

𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞 '𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛' 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙

✍️ Ahmad Mursi

1. Dulu Hudud, kemudian RUU355, hari ni 'Pertahan Syariah'.

2. Orang yang agak beragama tapi naif politik mudah terpengaruh dengan permainan politik PAS ni.

3. Semasa PAS jadi kerajaan Pusat, tidak buat tindakan.

4. Walhal Cabaran Undang2 Jenayah Syariah berlaku sewaktu PAS berkuasa. Iki Putra 2021 lagi. Nik Elin 2022.

5. Retorik PAS 'Pertahan Syariah', hari ini, depan mata kita, pengikut PAS sibuk buat Qazaf. Satu dosa besar di sisi Syariah dan diHudud. Tak sync.

6. Sebelum Undang2 itu dicabar, KKM laporkan Trend jangkitan HIV Homoseksual Kelantan naik 33% dari 2016 ke 2021.

7. Berhimpun la sejuta manusia pun, kalau kuasa ditangan, tak buat tindakan, tiada guna.

8. Seratus tahun lagi, kalau perlembagaan tidak dipinda, selama itu isu bidangkuasa Jenayah Syariah tidak akan selesai.

9. Seperti biasa, retorik PAS ini akan jadi semakin ekstrim hingga tahap kapir mengkapir seperti isu Hudud dan RUU355.

10. Kerana pengikut PAS tak faham isu itu secara mendalam, tapi pantas menghukum Kapir.

11. Sama seperti Saidina Ali dikapirkan oleh Khawarij kerana kononnya tidak berhukum dengan hukum Allah.

www.facebook.com/ahmursi/posts/754930356673689
... See MoreSee Less

November 22nd, 7:39 pm

Kelab Jaringan Rakyat

... See MoreSee Less

November 21st, 6:19 am

Kelab Jaringan Rakyat

... See MoreSee Less

November 20th, 3:04 pm

Kelab Jaringan Rakyat
https://sumberkini.my/nik-elin-fail-di-zaman-pas-jadi-kerajaan/Image attachment

sumberkini.my/nik-elin-fail-di-zaman-pas-jadi-kerajaan/ ... See MoreSee Less

November 16th, 4:45 pm

Kelab Jaringan Rakyat

𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗧𝗨𝗥𝗔 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗥𝗨𝗞𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗥 𝗣𝗔𝗦

𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗿𝘀𝗶 ✍️

1. Kalau isu pentadbiran mungkin susah faham, tapi isu salasilah keluarga ni tak perlu kajian PhD pun nak faham.

2. Sudahlah tidak mohon maaf, Walaun pula pertahan bermati-matian.

3. Bila ditanya halal ke fitnah orang bukan Islam? Walaun tak mampu pun jawab 'haram'.

4. Bila ditegur, mereka kata 'kamu terlalu jaga hati orang kafir'.

5. Bagi PAS, ukuran benarnya ulama dan perjuangan bila mereka dibenci oleh orang kafir walaupun sebab fitnah. Kalau dah dibenci, macamana nak buat dakwah?

6. Mastura ialah Pengarah AMEERAH PAS, kader wanita muda PAS yang ahlinya ramai diupah jadi TikTokers fitnah masa PRU15.

7. Dulu ahli PAS idolakan TG Nik Aziz, U.Fadhil Noor, U.Yahya Osman. Kini idola mereka Sanusi, Hj Hadi, Dusuki Rani, Ruzman Zakaria yang disaman sebab fitnah.

8. Ini punca Kes kalah saman Fitnah PAS melonjak tinggi hampiri 20 kes selepas ketiadaan TG Nik Aziz .

9. Kita hadapi generasi baru PAS yang tenggelam dalam kelazatan dan kenikmatan dosa tuduhan bohong (fitnah) termasuk lakukan Qazaf.

10. PAS tuduh orang lain berbohong walhal pembohongan mereka disahkan di Mahkamah dengan kalahnya banyak saman Fitnah. Bohong kan ciri2 Munafik?

11. PAS Parti yang paling banyak guna dalil Al-Quran dalam setiap serangan. Malah kritik bacaan orang lain.

12. "Mereka (Khawarij) membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka tidak akan melewati kerongkong mereka" HR Bukhari.

13. Maksudnya Al-Quran tidak sampai ke hati hingga membentuk akhlak yang baik dan jauhkan mereka dari mungkar.

www.facebook.com/ahmursi/posts/753054300194628
... See MoreSee Less

Lihat seterusnya...

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

This message is only visible to admins:
Problem displaying Facebook posts.

Error: (#10) To use "Page Public Content Access", your use of this endpoint must be reviewed and approved by Facebook.